Assalamualaikum w.b.t..
Terdetik n terase rindu sgt suasana zaman persekolahan..sekolah yang kecil..n menempatkan pelbagai kerenah student..teringat masa aku form 3 aku kne tangkap sbb ponteng program solat dhuha yang biasenyer diadakan setiap hari ahad sebagai pengisian rohani…dulu aku rase x ske sgt..ap la sekolah nie..wat program mcm nie..tdo lagi best..bentak hati aku setiap ad program nie..tp masa mengajar seseorang..dan aku rindukan masa-masa itu..dan aku rindukan ceramah Ustazah Fatimah..kata-katanya terlalu memberi kesan dan masih terngiang-ngiang setiap butir nasihatnya tatkala lepas aku lakukan solat dhuha..memori yang begitu mahal sekali..dan aku x kn dapat di mana-mana selain di sekolah itu yang pernah satu masa ketika dulu aku bencikannya..
....."Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya :“Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku”.....(Riwayat lmam Malik)
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 29, 2009
Allah itu maha penyayang dan maha ADil....
kisah yang menarik untuk di kongsikan bersama...
Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa
tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan
dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang
gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la… setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, “..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.. peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.. kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka…”
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak “Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?” Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga.. Kan Tuhan tu baik?”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan : “perkara
macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,
orang jahat, semua masuk syurga.. maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.. perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.. lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?”; tanya ustaz.
“Ah.. mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.. ” rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi : “Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?”
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.. semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Sunday, December 27, 2009
Berfikir sejenak..

Ermm..makin lame aku hidup mcm2x dugaan aku belajar..family, fren seperjuangan, dugaan perasaan n mcm2x lagila..apa yg aku dpt katekn kat cni aku jauh mengisi masaku sendiri demi mencari ketenangan n mencari cara terbaik menyembunyikan perasaan marahku..semakin hari aku makin selesa ngn cara nie..teringat kata some1,diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang menyakitkan hati org lain..ad benarnya..sebaik-baik penawar segala amarah itu adlah wudu’..tp ap yg aku dapat pastikan..aku bukan seperti dulu..masa mengubah kita..
Sabda Rasul SAW : "Tidaklah (dikatakan) kuat gagah itu dgn pergaduhan (pergelutan),sesungguhnya kuat gagah itu ialah sesiapa yang dapat mengawal dirinya ketika Marah" (Hadis riwayat Shaikhani)……………….
Jika nak di bandingkan kemarahanku dengan marah kemurkaan Allah, kemurkaan Allah itu lebih hebat sedangkan aku makhluk yang diciptakannya..sedangkan pula limpah kurnia Allah dan kemaafan Allah lebih besar drpd itu..
(kadang-kadang kesunyian yang sejenak akan muhasabah diri kita) ketika itulah kita akan bergelut dengan episode2x kerelevenan apa yang berlaku n apa hikmahnya..tercetus minda berfikir,knape jadik kat aku? knape??tp kite x pk langsung, akan disebalik hikmah Yang Maha Mencipta menyusun atur qada n qadar kita..redha itu lebih baik..
(p/s: semakin hari aku semakin tua..ayat tragis..lalalalalalala..)
Saturday, December 26, 2009
Iktiqad dalam penyebaran pesanan
"Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal qalbi watajmu bihal fitnati anni" Doa nabi s.a.w, Kirim ke 10 orang insyallah 2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik dan mendapat kebahagiaan tetapi jika tidak menyebarkan maka kamu akan mendapat musibah besar. Demi Allah ini amanah& jangan dihapuskan sebelum disebarkan"
Pesanan di atas antara SMS yang saya terima baru-baru ini. Inti pesanannya baik,namun dengan ancaman yang batil.Ramai kaum muslim tertipu dengan ancaman sedemikian.Tidaklah menjadi kesalahan jikalau mahu mengajar doa yang di ajar nabi s.a.w.Akan tetapi memberikan ancaman jika penerima pesanannya tidak memanjangkan pesanan kepada orang lain adalah tidak dapat diterima akal.Bahkan fadhilatnya dan mudharatnya diketahui dalam lebih kurang dua jam.Bayangkan jika seorang itu menerima SMS sedemikian dalam jam 12 malam dan dalam waktu ity dia sedang tidur,terjaga pula dalam jam 5 pagi bukankah sudah menzalimi seseorang itu kerana memajangkan SMS dalam tempoh waktu dua jam tersebut dimana dia tidak menyedarinya.Ataupun bayangkan jika penerima tidak mempunya kredit panggilan maka akan termasuklah mereka-mereka ini dalam golongan yang terkena"musibah".
Perkara ini amat kelakar jika difikir dengan akal yang waras.
Perkara ini berlaku berzaman lamanya.Dari kaedah persuratan,SMS,dan emel.Tidaklah niat tulisan ini untuk menyalahkan mereka yang memanjangkan pesanan kerana barangkali mereka tidak mengetahuinya.Dalam hadith bukhari meriwayatkan
"terangkat pena dari umatku atas tiga perkara:Ketika tidur mereka,ketika terlupa dan ketika jahil (tidak mengerti)."
Tulisan ini menyeru agar muslim berhati-hati dalam iktiqad mereka dari apa jua sudut.Pemberi musibah hanya Allah.Hadith nabi s.a.w dan kitab Allah lebih agung dari sekalian doa.Namun tidak dinyatakan ancaman jika tidak menyebarkannya,namun atas dasar amanah para sahabat menyebarkan perkataan sahih nabi kepada muslim lainnya hingga terbuku Bukhari yang menjadi panduan muslim kini.Menyebarkan suatu perkara yang ada hubungkaitnya dengan agama perlukan hujah dan dalil yang benar.Jika tidak berlakulah seperti apa yang terjadi seperti penyebaran Doa menghindarkan H1N1 dari sekolah Agama hingga Intitusi Pengajian Tinggi yang maksud doanya amatlah meragukan.Mengangkat darja ahlul bait secara berlebihan mampu menjejaskan akidah.Allahu a'lam.
taken from:alifazman.com

Manusia Paling Sengal
Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgniat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.
Si Ali pun berkata, “Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan” .Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan, “Allah Ta’ala… Allah Ta’ala…” Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.
Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..
Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. “Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam.” Tok imam pun undur le ke belakang.
Budin pun angkat le takbiratul ihram. “Allahu akbar!” Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, “Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam.
Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii…
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni… Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,
“He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee…” Tok imam pun terkedu & terpana…

6 JENIS WANITA MALANG
“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”
Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

19 keistimewaan wanita
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Wednesday, April 15, 2009
Isu berkenaan bidangkuasa Mahkamah Syariah
Dewasa ini,masyarakat semakin bijak menilai dan menerajui isu yang membabitkan agama islam yang timbul. Rata-rata masyarakat yang hidup di Malaysia yang menganut agama Islam tidak ketinggalan menerajui setiap pergolakkan yang berlaku .Salah satunya berkenaan Isu Mahkamah Syariah. Apa yang boleh diperkatakan disini ialah, Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi keadilan bagi orang Islam . Walaupun Mahkamah Syariah seperti yang kita ketahui mempunyai bidangkuasa yang sangat terhad, tetapi ia merupakan institusi keadilan tertinggi bagi menyelesaikan setiap episode pertikaian berkenaan agama islam.
Bagaimanapun,sejak akhir-akhir ini,Mahkamah Syariah sering diuji dengan pelbagai masalah dan kes-kes yang mencabar kewibawaan Mahkamah Syariah itu sendiri. Tidak dapat dipertikaikan bahawa Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan hal-hal tentang kekeluargaan orang islam, masalah penentuan agama seseorang sama ada ketika hidup atau ketika meninggal dunia, dan Mahkamah Syariah juga mempunyai bidangkuasa membicarakan perkara-perkara jenayah yang di peruntukkan sahaja termaktub kepada Akta dan Enakmen setiap negeri.
Bermula dari rujukan undang-undang utama di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) telah membuktikan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dan memanifestasikan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Berbalik kepada sejarah, Laporan Suruhanjaya Reid telah menetapkan bahawa apa-apa isu yang berkaitan dengan agam di letakkan di bahwah kuasa negeri. Begitu juga Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa apa-apa yang membabaitkan persoalan agama di letakkan di bawah Jadual Kesembilan di dalam senarai 2 (senarai negeri). Salah satu akibat yang dapat kita lihat secara kasar, kerana peruntukkan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan mengakibatkan setiap negeri bertindak dan setiap negeri mempunyai akta@ Enakmen negeri masing-masing sama ada dari sudut kehakiman,pendakwaan dan penguatkuasaan.
Berdasarkan tafsiran yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah,telah timbul beberapa masalah. Antaranya berkenaan orang bukan Islam tidak terikat atau tertakluk di bawah bidangkuasa Syariah. Ini akan mewujudkan kerumitan dalam menyelesaikan kes yang melibatkan dua pihak yang berlainan agama. Secara logiknya, jika wujud kes yang melibatkan tuntutan dari dua pihak yang berlainan agama, kes ini boleh di rujuk di Mahkamah Tinggi. Disini hendak di tekankan, dimana kewibawaan Mahkamah Syariah jika Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa yang khusus dan bagaimana nak mengelakkan percampuran pelbagai pihak dalam menyelesaikan sesuatu kes.
Seperti mana yang di ketahui umum, Mahkamah Syariah tugasnya mencari keadilan mengikut hukum syarak dan membuat keputusan yang betul berdasarkan fakta-fakta yang yang sahih disamping bukti yang jelas. Ini secara tidak langsung memerlukan kerjasama daripada beberapa pihak. Mahkamah Syariah wujud kerana peruntukkan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Seperti apa yang berlaku dalam Kes Rayappan di Shah Alam, Untuk memastikan bukti berkenaan Rayappan adalah bukan beragama Islam, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah kepada ahli Keluarga Rayappan untuk member keterangan bagi membuktikan bahawa Rayappan tidak menganut agama Islam,tetapi apa yang berlaku ialah ahli keluarga Rayappan tidak menghadirkan diri untuk memberi keterangan. Perbuatan sebegini secara terang-terangannya tidak menghormati kewibawaan Mahkamah Syariah dalam menguruskan Kes ini.
Apa yang menjadi persoalan dan menjadi pertanyaan yang pasti mengapakan Mahkamah Syariah tiba-tiba menolak menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menolak balik permohonannya dan pada hari yang sama pada petangnya, hakim yang sama member keputusan yang berlainan??Ini menimbulkan kecelaruan keputusan dan ini mengakibatkan masyarakat mempertikai kredibiliti Hakim Mahkamah Syariah. Apa yang boleh diperkatakan di sini, Hakim Mahkamah Syariah perlu dilantik seperti mana Hakim Mahkamah Sivil dilantik. Apa yang membuatkan masyarakat lebih membuka mata adalah pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi adalah oleh suruhanjaya yang termaktub Perlembagaan Persekutuan. Manakala Hakim Mahkamah Syariah tidak dilantik sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi dilantik.Hakim Mahkamah Syariah tidak ubah seperti penjawat awam yang lain. Adakah tindakan mewujudkan peruntukan perlantikan Hakim Mahkamah Syariah sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi akan membuka mata masyarakat dan menyedarkan Masyarakat bahawa Mahkamah Syariah bukan sekadar Mahkamah kelas bawahan @ erti kata lain Mahkamah kelas dua selepas Mahkamah Tinggi.
Bukan itu sahaja,apa yang boleh diperkatakan disini ialah enakmen atau akta pentadbiran perundangan Islam atau Enakmen Mahkamah Syariah negeri-negeri, Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa malnya boleh mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang islam dan yang berkaitan dengan pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau harta yang tidak berwasiat dan menentukan orang2x yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam. Walaubagaimanapun,apa yang dapat dilihat di sini,dari segi perlaksanaannya Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran pusaka,seperti kuasa mengeluarkan surat kuasa wasiat(probet) atau surat kuasa tadbir.
Apa yang dapat diperkatakan disini ialah, Mahkamah Syariah cenderung menyelesaikan masalah kekeluargaan dan beberapa masalah yang melibatkan jenayah seperti yang telah termaktub dalam akta atau enakmen negeri masing-masing. Tidak pula dengan isu berkaitan pusaka dan mempusakai. Ini kerana surat kuasa wasiat(probet)dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang islam tidak termaktub didalam akta atau enakmen negeri-negeri.Undang-undang yang dipakai ialah, Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Perlunya pihak-pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang tersebut dalam masa yang sama,mengecualikan pemakaian Akta Probet dan Pentadbiran 1959 terhadap orang-orang Islam.
Saturday, April 11, 2009
hidup umpama aiskrim..nikmatilah sebelum ia cair..

Assalamualaikum w.b.t..
Terciptanya blog ini atas dasar diri sendiri yang mahu berkongsikan secebis pengalaman dan ilmu yang telah penulis peroleh..hope blog ni dapat memberikan faedah bkn sahaja pada penulis,malah rakan2x di luar sane..dengan nama allah yang pemurah lagi maha penyayang...yang baik datang dari allah dan yang buruk juga datang dari allah..tetapi atas kekhilafan penulis sendiri...
salam ukhwah fillah.....
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya :“Aku tinggalkan kepada kamu (wahai umat Islam) dua perkara yang mana kamu tidak sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya itu, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnahku”.....
(Riwayat lmam Malik)
Subscribe to:
Posts (Atom)