Dewasa ini,masyarakat semakin bijak menilai dan menerajui isu yang membabitkan agama islam yang timbul. Rata-rata masyarakat yang hidup di Malaysia yang menganut agama Islam tidak ketinggalan menerajui setiap pergolakkan yang berlaku .Salah satunya berkenaan Isu Mahkamah Syariah. Apa yang boleh diperkatakan disini ialah, Mahkamah Syariah merupakan sebuah Institusi keadilan bagi orang Islam . Walaupun Mahkamah Syariah seperti yang kita ketahui mempunyai bidangkuasa yang sangat terhad, tetapi ia merupakan institusi keadilan tertinggi bagi menyelesaikan setiap episode pertikaian berkenaan agama islam.
Bagaimanapun,sejak akhir-akhir ini,Mahkamah Syariah sering diuji dengan pelbagai masalah dan kes-kes yang mencabar kewibawaan Mahkamah Syariah itu sendiri. Tidak dapat dipertikaikan bahawa Mahkamah Syariah hanya berkuasa membicarakan hal-hal tentang kekeluargaan orang islam, masalah penentuan agama seseorang sama ada ketika hidup atau ketika meninggal dunia, dan Mahkamah Syariah juga mempunyai bidangkuasa membicarakan perkara-perkara jenayah yang di peruntukkan sahaja termaktub kepada Akta dan Enakmen setiap negeri.
Bermula dari rujukan undang-undang utama di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3(1) telah membuktikan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai kuasa dan memanifestasikan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Berbalik kepada sejarah, Laporan Suruhanjaya Reid telah menetapkan bahawa apa-apa isu yang berkaitan dengan agam di letakkan di bahwah kuasa negeri. Begitu juga Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa apa-apa yang membabaitkan persoalan agama di letakkan di bawah Jadual Kesembilan di dalam senarai 2 (senarai negeri). Salah satu akibat yang dapat kita lihat secara kasar, kerana peruntukkan yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan mengakibatkan setiap negeri bertindak dan setiap negeri mempunyai akta@ Enakmen negeri masing-masing sama ada dari sudut kehakiman,pendakwaan dan penguatkuasaan.
Berdasarkan tafsiran yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghadkan bidangkuasa Mahkamah Syariah,telah timbul beberapa masalah. Antaranya berkenaan orang bukan Islam tidak terikat atau tertakluk di bawah bidangkuasa Syariah. Ini akan mewujudkan kerumitan dalam menyelesaikan kes yang melibatkan dua pihak yang berlainan agama. Secara logiknya, jika wujud kes yang melibatkan tuntutan dari dua pihak yang berlainan agama, kes ini boleh di rujuk di Mahkamah Tinggi. Disini hendak di tekankan, dimana kewibawaan Mahkamah Syariah jika Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa yang khusus dan bagaimana nak mengelakkan percampuran pelbagai pihak dalam menyelesaikan sesuatu kes.
Seperti mana yang di ketahui umum, Mahkamah Syariah tugasnya mencari keadilan mengikut hukum syarak dan membuat keputusan yang betul berdasarkan fakta-fakta yang yang sahih disamping bukti yang jelas. Ini secara tidak langsung memerlukan kerjasama daripada beberapa pihak. Mahkamah Syariah wujud kerana peruntukkan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Seperti apa yang berlaku dalam Kes Rayappan di Shah Alam, Untuk memastikan bukti berkenaan Rayappan adalah bukan beragama Islam, Mahkamah Syariah telah mengeluarkan perintah kepada ahli Keluarga Rayappan untuk member keterangan bagi membuktikan bahawa Rayappan tidak menganut agama Islam,tetapi apa yang berlaku ialah ahli keluarga Rayappan tidak menghadirkan diri untuk memberi keterangan. Perbuatan sebegini secara terang-terangannya tidak menghormati kewibawaan Mahkamah Syariah dalam menguruskan Kes ini.
Apa yang menjadi persoalan dan menjadi pertanyaan yang pasti mengapakan Mahkamah Syariah tiba-tiba menolak menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menolak balik permohonannya dan pada hari yang sama pada petangnya, hakim yang sama member keputusan yang berlainan??Ini menimbulkan kecelaruan keputusan dan ini mengakibatkan masyarakat mempertikai kredibiliti Hakim Mahkamah Syariah. Apa yang boleh diperkatakan di sini, Hakim Mahkamah Syariah perlu dilantik seperti mana Hakim Mahkamah Sivil dilantik. Apa yang membuatkan masyarakat lebih membuka mata adalah pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi adalah oleh suruhanjaya yang termaktub Perlembagaan Persekutuan. Manakala Hakim Mahkamah Syariah tidak dilantik sebagaimana Hakim Mahkamah Tinggi dilantik.Hakim Mahkamah Syariah tidak ubah seperti penjawat awam yang lain. Adakah tindakan mewujudkan peruntukan perlantikan Hakim Mahkamah Syariah sama seperti Hakim Mahkamah Tinggi akan membuka mata masyarakat dan menyedarkan Masyarakat bahawa Mahkamah Syariah bukan sekadar Mahkamah kelas bawahan @ erti kata lain Mahkamah kelas dua selepas Mahkamah Tinggi.
Bukan itu sahaja,apa yang boleh diperkatakan disini ialah enakmen atau akta pentadbiran perundangan Islam atau Enakmen Mahkamah Syariah negeri-negeri, Mahkamah Tinggi Syariah dalam bidangkuasa malnya boleh mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding dalam mana semua pihak adalah orang islam dan yang berkaitan dengan pembahagian atau pewarisan harta berwasiat atau harta yang tidak berwasiat dan menentukan orang2x yang berhak kepada bahagian harta pusaka seseorang si mati Islam. Walaubagaimanapun,apa yang dapat dilihat di sini,dari segi perlaksanaannya Mahkamah Tinggi Syariah tidak mempunyai kuasa untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran pusaka,seperti kuasa mengeluarkan surat kuasa wasiat(probet) atau surat kuasa tadbir.
Apa yang dapat diperkatakan disini ialah, Mahkamah Syariah cenderung menyelesaikan masalah kekeluargaan dan beberapa masalah yang melibatkan jenayah seperti yang telah termaktub dalam akta atau enakmen negeri masing-masing. Tidak pula dengan isu berkaitan pusaka dan mempusakai. Ini kerana surat kuasa wasiat(probet)dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka orang islam tidak termaktub didalam akta atau enakmen negeri-negeri.Undang-undang yang dipakai ialah, Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Perlunya pihak-pihak yang bertanggungjawab memperkenalkan undang-undang tersebut dalam masa yang sama,mengecualikan pemakaian Akta Probet dan Pentadbiran 1959 terhadap orang-orang Islam.
No comments:
Post a Comment