"Allahumma inni as aluqa tahhdy bihal qalbi watajmu bihal fitnati anni" Doa nabi s.a.w, Kirim ke 10 orang insyallah 2 jam kemudian kamu akan mendengar khabar baik dan mendapat kebahagiaan tetapi jika tidak menyebarkan maka kamu akan mendapat musibah besar. Demi Allah ini amanah& jangan dihapuskan sebelum disebarkan"
Pesanan di atas antara SMS yang saya terima baru-baru ini. Inti pesanannya baik,namun dengan ancaman yang batil.Ramai kaum muslim tertipu dengan ancaman sedemikian.Tidaklah menjadi kesalahan jikalau mahu mengajar doa yang di ajar nabi s.a.w.Akan tetapi memberikan ancaman jika penerima pesanannya tidak memanjangkan pesanan kepada orang lain adalah tidak dapat diterima akal.Bahkan fadhilatnya dan mudharatnya diketahui dalam lebih kurang dua jam.Bayangkan jika seorang itu menerima SMS sedemikian dalam jam 12 malam dan dalam waktu ity dia sedang tidur,terjaga pula dalam jam 5 pagi bukankah sudah menzalimi seseorang itu kerana memajangkan SMS dalam tempoh waktu dua jam tersebut dimana dia tidak menyedarinya.Ataupun bayangkan jika penerima tidak mempunya kredit panggilan maka akan termasuklah mereka-mereka ini dalam golongan yang terkena"musibah".
Perkara ini amat kelakar jika difikir dengan akal yang waras.
Perkara ini berlaku berzaman lamanya.Dari kaedah persuratan,SMS,dan emel.Tidaklah niat tulisan ini untuk menyalahkan mereka yang memanjangkan pesanan kerana barangkali mereka tidak mengetahuinya.Dalam hadith bukhari meriwayatkan
"terangkat pena dari umatku atas tiga perkara:Ketika tidur mereka,ketika terlupa dan ketika jahil (tidak mengerti)."
Tulisan ini menyeru agar muslim berhati-hati dalam iktiqad mereka dari apa jua sudut.Pemberi musibah hanya Allah.Hadith nabi s.a.w dan kitab Allah lebih agung dari sekalian doa.Namun tidak dinyatakan ancaman jika tidak menyebarkannya,namun atas dasar amanah para sahabat menyebarkan perkataan sahih nabi kepada muslim lainnya hingga terbuku Bukhari yang menjadi panduan muslim kini.Menyebarkan suatu perkara yang ada hubungkaitnya dengan agama perlukan hujah dan dalil yang benar.Jika tidak berlakulah seperti apa yang terjadi seperti penyebaran Doa menghindarkan H1N1 dari sekolah Agama hingga Intitusi Pengajian Tinggi yang maksud doanya amatlah meragukan.Mengangkat darja ahlul bait secara berlebihan mampu menjejaskan akidah.Allahu a'lam.
taken from:alifazman.com
1 comment:
All the benefits of live casino games in a merit casino
It is a well-known, reputable, and fast-changing online casino. In our opinion, playing 메리트카지노 the game of chance is the most important step. Learn More.
Post a Comment