Wednesday, January 13, 2010

ADAB KETIKA MENGHADAPI ORANG YANG NAZAK



1) SEDIAKAN SEGELAS AIR
Ini kerana ketika orang menghadapi sakaratul maut mengalami rasa kedahagaan yang teramat sangat

2) TENANGKAN ORANG YANG TENGAH NAZAK
Antara ayat-ayat yang membantu menenangkannya,”sabar la,ini merupakan rahmat dari Allah” supaya orang yang bakal meninggal tidak merasa rugi dan merasa tenang kerana terdapat banyak perkara yang akan di fikirkan oleh orang yang menghadapi sakaratul maut,antaranya kerjanya , keluarganya, harta bendanya,hutang piutangnya dan apa-apa kerjanya yang belum selesai.@ pon..ayat ini..”ini adalah rahmat yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah”

3) BACAKAN TALQIN
Seelok-eloknya bacaan talqin itu jangan dilakukan oleh anak, takut mendapat fitnah antaranya ialah tuduhan-tuduhan berbaur si anak itu mahukan ayah atau ibu mereka mati cepat atau yang berkaitan dengannya.

4) MENYIMPAN RAHSIA
Orang-orang yang terlibat dalam menguruskan jenazah secara langsung atau tidak langsung, apabila ternampak cacat cela jenazah perlulah menjaga maruah jenazah antaranya : tukang mandi jenazah.

APA YANG PERLU DILAKUKAN SETELAH JENAZAH ITU MENINGGAL
• Tutupkan mata jenazah
Masyarakat melayu kurang jelas dan sering mencemuh jenazah keadaannya meninggal dunia dengan mata terbeliak.Apa yang dapat saya katakan di sini,selepas membaca entry ini,hentikan lah membuat cemuhan..ini disebabkan situasi itu berlaku kerana kemungkinan jenazah itu melihat kemana rohnya pergi selepas di cabut dr tempat terakhirnya (jasadnya)..so,janganlah mencemuh jenezah tersebut.

• Koyakkan baju jenazah
Ada diantara kita tidak arif dalam pengurusan jenazah, apa yang perlu dilakukan ketika menguruskan jenazah dan perkara yang perlu dibuat sebelum memandikan jenazah tersebut kita perlu mengoyakkan baju jenazah tersebut. Antara salah satu sebabnya ialah tidak mahu mayat itu terseksa. Sedangkan apabila seseorang itu telah meninggal seluruh tubuhnya menjadi keras, dan kaku dan proses menanggalkan pakaian mayat itu menjadi rumit dan menyeksa mayat tersebut.

• Letakkan kepada jenazah itu dengan sehelai kain menutupi tubuhnya
Ini adalah untuk menjaga maruah si mati.

• Lembutkan sendi-sendi mayat tersebut
Ambilkan minyak (dan bukan minyak panas), terpulangla sama ada guna minyak masak atau zaitun dan mulalah sapu atau mengurut di bahagian-bahagian sendi-sendi mayat tersebut . Ini disebabkan mempermudahkan proses pengurusan jenazah dan memandikan jenazah. Dan perkara ini boleh dilakukan ahli keluarga.


P/S: sedikit pengetahuan yang perlu dikongsikan kepada teman-teman supaya tidak “blurr” bile menghadapi situasi mcm nie..setiap makhluk itu dijanjikan dengan kematian..dan setiap kematian itu adalah suatu yang pasti..maka sebagai hamba Allah, perhebatkanlah amalan kamu seperti mana kamu hendak mati keesokkan harinya.

No comments: